Tuesday 2 October 2012

BOLA BALING

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip kepada bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Sebelum itu, ia popular di negara-negara seperti Denmark, Czekoslovakia, Jerman dan negara-negara bekas Soviet Union. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

1 comment:

  1. Mohon maklumat kursus kejurulatihan bola baling tahap 1 tahun 2015.Jika ada.Sekian.Terima kasih.

    ReplyDelete