Tuesday 2 October 2012

ORIENTEERING

PENGENALAN
 
Definisi

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan. gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
 
Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
  1. Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  2. Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  3. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  4. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  5. Orienteering Malam (Night Orienteering)
  6. Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  7. Norwegian Event
Kebaikan sukan orienteering
  1. Sukan untuk semua
  2. Meningkatkan kecergasan fizikal
  3. Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
  4. Memberi cabaran & keseronokan
  5. Membina sikap positif & keyakinan diri
  6. Menggunakan persekitaran yang sihat
  7. Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
  8. Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
Sejarah dan perkembangan
  • Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
  • Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”.
  • Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
  1. Memerlukan daya ketahanan.
  2. Stamina.
  3. Kecekapan berlari.
  4. Kekuatan mental.
  5. Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
  6. IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
  7. Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-
  8. World Orienteering Championships (WOC)
  9. World Cup (WC)
  10. Junior World Orienteering Championships (JWOC)
  11. Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
  12. World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas
  13. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
Perkembangan di Malaysia
  • Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri WanMansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
  • Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
  • Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986.
  • Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988.
  • Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.
  • Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.
  • Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
  • MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

No comments:

Post a Comment