Tuesday 11 September 2012

PENGENALAN SUKAN BOLA JARING



Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat (USA). Permainan ini pada aslnya daripada bola keranjang. Ia telah dicipta pada tahun 1985 oleh Clara Grigory Baer iaitu seorang peneraju dalam sukan wanita. Permainan bola jaring kebanyakannya dimonopoli oleh wanita dari Negara Australia dan New Zealand. Selain itu, permainan ini juga popular di India Barat, Sri Lanka dan United Kingdom. Kini lebih daripada 20 juta orang bermain permainan bola jaring dan lebih 70 buah Negara mengamalkannya. Pada mulanya, permainan bola jaring dipertandingkan pada tahun 1895 iaitu di New Orleans, Lusiana USA. 
Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ianya popular dalam kalangan mubaligh Kiristian, guru-guru Inggeris khususnya di Bandar. Persatuan bola jaring Malaysi ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti kejohanan asia dan kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa bola jaring Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA pada tahun 2001 iaitu bertempat di Kuala Lumpur. Persatuan bola jaring Malaysia juga terlibat dalam sukan Komanwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.  Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan ini dalam kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia ialah Fazlun Abas. Beliau dianugerahkan sebagai  ‘best shooter’ di World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Beliau sekali dinobatkan sebagai ‘best shooter’ pada tahun 2001.

No comments:

Post a Comment