Tuesday 2 October 2012

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Definisi Ujian, Pengukuran Dan Penilaian

UJIAN - satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Cth: soalan bercetak / lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian T/L melalui senarai semak / rekod aenkdoltel

PENGUKURAN - pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan permarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu.
Cth: satu proses mengutip maklumat berangka tahap cirri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang

PENILAIAN - definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul.
Cth: proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara pemerhatian, penulisan dan lisan

Tujuan Penilaian dilakukan:

a. Memfokus kepada setiap orang murid
– hasil penilaian dapat member maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang
b. Menentukan status semasa murid
Menurut Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status merangkumi:
i. pemberian gred;
ii. mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti;
iii. memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi;
iv. menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu
v. menentukan aktiviti tertentu.
c. Memilih wakil sekolah
– member maklumat untuk memilih wakil sekolah melalui kriteria-kriteria tertentu
membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama
d. Memotivasi murid
– member maklum balas prestasi kepada seseorang murid iaitu kesan positif atau
negatif
e. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
- Menentukan pencapaian objektif program PJ berkesan, member peluang kepada guru
untuk mengubah strategi pengajaran
f. Membekal maklumat untuk kajian lain
-membolehkan maklumat untuk kajian di masa depan

No comments:

Post a Comment