Wednesday 31 October 2012

SPORT FOR FUN


  •  Merupakan aktiviti sukan yang dijalankan bagi tujuan rekreasi dan kesihatan.
  • Selaras dengan dasar sukan negara iaitu SUKAN UNTUK SEMUA.
  • Bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan anggota masyarakat dengan menggalakkan bersukan.
  •  Merujuk kepada aktiviti rekreasi fizikal dan sukan.
  • Menggalakkan penyertaan dari semua lapisan masyarakat.
  • Bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa

Tujuan/Objektif

Peringkat Individu

  • Sukan untuk hiburan juga bertujuan dalam pembentukkan sahsiah dalam diri individu. Ia membina nilai-nilai moral seperti keyakinan diri.
  • Selain itu, ia juga bertujuan mengisi masa lapang. Kita dapat mengisi masa dengan aktiviti bersukan.
  • Bersukan juga dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia. Ini bermakna bukan dari segi fizikal sahaja malah mental.
  • Tekanan dalam kehidupan seharian kita dapat ditangani dengan melakukan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Peringkat Masyarakat.
  • Secara umumnya, bersukan dapat memainkan peranan dalam pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat.
  • Mewujdkan suasana harmoni dan perpaduan melalui bersukan. Masyarakat setempat dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan erat melalui aktiviti seperti ini.
  • Mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
  • Bersukan untuk remaja(mengelakan terlibat dalam aktiviti jenayah dengan memanfaatkan masa lapang). Contohnya, sukan futsal yang amat digemari remaja pada masa kini.

Agensi-agensi yang terlibat.

Badan kerajaan atau bukan kerajaan yang memainkan peranan dalam memberi kemudahan bersukan selaras dengan dasar sukan negara.

Nestle Milo
  • Memberi tajaan kepada persatuan atau pertandingan sukan seperti sukan sekolah, negeri dan peringkat negara.
  • Tajaan adalah seperti minuman milo, pakaian atau piala pertandingan.
  • Tajaan ini bertujuan menggalakkan penganjuran sukan-sukan dalam kalangan persatuan-persatuan sukan selain daripada memberi kepentingan kepada syarikat penaja seperti pengecualian cukai.
  • Pengecualian cukai berlaku apabila pertubuhan atau syarikat swasta menaja satu penganjuran sukan dengan memberi sumbangan.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menggalakan penyertaan golongan belia dalam bersukan sebagai satu gaya hidup yang sihat. Contohnya program rakan muda, larian amal dan sebagainya. Kementerian ini sentiasa berusaha untuk melahirkan golongan belia yang sihat dari segi fizikal dan rohani. Pihak kementerian juga mengelakkan masalah gejala sosial dalam belia dengan menganjurkan sukan-sukan untuk masyarakat. Program seperti Rakan Muda mendedahkan remaja terhadap gaya hidup sihat dan beretika. Pembentukan remaja yang baik amat penting untuk masa depan negara. Agensi ini juga berperanan untuk membentuk jati diri belia yang baik dalam masyarakat. Contohnya, menganjurkan ceramah yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Badan ini juga sentiasa berusaha utuk mempromosikan sukan untuk hiburan kepada masyarakat dan memastikan sukan negara setanding di peringkat antarabangsa.

MAJLIS SUKAN NEGARA

Agensi ini berperanan dalam menggalakan penyertaan masyarakat dalam sukan. Contohnya, sukan untuk hiburan ialah sukan futsal. Sukan ini dipertandingkan di peringkat negara agar masyarakat dapat memupuk minat dalam sukan ini. Peranan Majlis Sukan Negara juga memperkemaskan persatuan-persatuan sukan di seluruh negeri. Agensi sukan ini sentiasa menyediakan atau memberi peluang penyertaan kepada bakat-bakat baru dalam sukan. Ini berkaitan dengan sukan untuk hiburan dari segi kemunculan bakat-bakat muda yang menyertai sukan masyarakat. Majlis Sukan Negara sentiasa menyediakan kemudahan untuk bersukan dalam dan di luar negara. Bagi sukan untuk hiburan pula, agensi ini juga sentiasa mempromosikan sukan untuk hiburan dalam kalangan masyarakat.

INSITITUT SUKAN NEGARA

Berperanan membuat penyelidikkan yang dapat membantu meningkatkan taraf sukan negara. Contonya, penyelidikan tentang kecederaan sukan, pemakanan yang seimbang untuk ahli sukan dan sebagainya. Menjalankan program-program khas dalam mencari bakat baru yang berpontensi dalam sukan. Melalui sukan untuk hiburan, agensi ini akan memantau bakat-bakat baru yang berketrampilan dalam bidang sukan yang disertai semasa terlibat dalam jenis-jenis sukan untuk hiburan. Agensi kerajaan ini juga menyediakan kemudahan bersukan untuk kegunaan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, penceramah sukan yang profesional untuk memperkenalkan sukan kepada masyarakat.

Contoh Sukan (Sport For Fun)

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa masyarakat minat menjadikan sukan ini sebagai satu hiburan.
Di samping itu, kos sukan ini lebih murah jika dari sudut masyarakat sahaja dan sukan ini senang untuk dianjurkan untuk masyarakat. Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Paintball
1.      Merupakan sebuah sukan lasak yang telah diperkenalkan 15 tahun dahulu di Amerika Syarikat.
2.      Sukan yang boleh dimainkan oleh seluruh lapisan masyarakat.
3.      Dimainkan ditempat terbuka dan luas seperti padang bola sepak. Ini kerana ia memerlukan pergerakkan yang banyak dan taktikal.
4.      Corak permainan seperti ala-perang atau ‘combat’. Pemain perlu menggunakan keadaan sekeliling, kepantasan, kebijaksanaan dan pertimbangan yang tepat bagi memenangi perlawanan.
5.      Menggunakan alat yang dipanggil ‘paintgun’ yang menembak peluru cat yang bertoksik. Paintgun menggunakan tekanan udara untuk menembak peluru cat dimana tahap tekanan yang digunakan adalah tetap dan tidak dapat diubah sendiri oleh pemain bagi tujuan keselamatan.
6.      Matlamat permainan ialah merampas bendera dari kawasan musuh bagi memenangi perlawanan. Permainan ini merupakan permainan yang pantas dan ekstrem.
7.      Corak permainan ini memerlukan semangat berpasukan dan kerjasama dalam mencapai matlamat permaina.
8.      Selain dari memberi kepuasan, ia juga merupakan satu cara dalam membentuk kerjasama dalam pasukan.
9.      Selain itu, ia boleh mengurangkan tekanan atau stress.
10.  Permainan ini berbentuk taktikal.
11.  Rakan-rakan, sekeluarga dapat bermain permainan ini sebagai satu permainan bersama dan hiburan kerana permainan ini asalnya dimain untuk hiburan.
Sepak Raga
1.      Merupakan permainan tradisional yang telah wujud sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2.      Permainan ini memerlukan pemainnya menimbang bola sepak raga diluar bulatan. Jika bola jatuh, maka pemain yang tidak dapat menyambut bola tersebut dikira kalah.
3.      Sukan ini ada dipertandingkan di temasya sukan-sukan antarabangsa seperti Sukan SEA di Korat, Thailand pada tahun lepas.
4.      Permainan ini popular dikalangan anak muda kampung.





No comments:

Post a Comment