Wednesday 31 October 2012

CERITA DI SK TANAH MERAH


Pengalaman terakhir BERPRAKTIKUM... :)

            Semester 7, 2012 ini merupakan praktikum fasa ketiga bagi saya. Taklimat telah dilaksanakan pada minggu sebelum perlaksanaan praktikum oleh ketua unit pratikum En Sawal Bin Achong. Sebaik sahaja taklimat selesai dilaksanakan,saya menggunakan ruang yang ada mempersiapkan diri menyediakan segala keperluan seperti peralatan alat tulis yang bakal digunakan semasa praktikum. Antara perkara yang saya tumpukan dalam proses sebelum praktikum adalah mencetak dan menyediakan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan moral. Bukan itu sahaja,saya juga turut membuat penelitian terhadap penyediaan portfolio induk praktikum bagi fasa satu dan dua. Saya juga mencetak satu salinan garis panduan praktikum dan borang-borang yang perlu disediakan bagi tujuan tertentu khasnya borang pelaporan. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian. Sebelum memulakan praktikum, saya telah mencari di mana terletaknya SK Tanah Merah. Sekolah tersebut terletak kira-kira 30 kilometer dari Pasar Serian. Selain itu, saya juga telah memulakan perancangan sebelum praktikum bermula. Saya telah menyiapkan diri saya bersedia dari segi fizikal dan mental. 

            Dari aspek persediaan kendiri,saya bersedia untuk melaksanakan praktikum fasa ketiga ini dengan lebih bersemangat setelah melalui dua dasa yang lepas pada semester lima dan enam.Perasaan yang berdebar membuatkan saya sedikit terganggu mempersiapkan diri. Namun dengan adanya dorongan rakan,pensyarah dan juga keluarga telah memberi semangat kepada saya untuk menyahut cabaran yang bakal ditempuhi selama dua belas minggu yang akan datang.

            Saya juga turut menyediakan segala nota dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Ini bertujuan memudahkan saya membuat rujukan sekiranya perlu dan ia mampu membantu saya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian terutamanya dari aspek aktiviti yang bakal dilaksanakan. Segala nota yang telah dibuat termasuklah portfolio subjek saya sediakan sebagai sumber rujukan pada masa memerlukanya. Bukan itu sahaja,saya juga membelanjakan sebahagian wang bagi menyediakan alat tulis dan ia termasuklah buku rekod mengajar,pen,kertas A4,dan lain-lain.

            Subjek ilmu pendidikan ataupun “EDU” yang ditawarkan sepanjang pengajian adalah subjek yang banyak membantu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan sepanjang tempoh praktikum kelak. Pelbagai teknik dan kaedah dapat dilaksanakan dalam pengajaran. Bukan itu sahaja,masa tempoh praktikum inilah masanya bagi saya mengaplikasikan semaksimum mungkin pengetahuan yang saya pelajari dalam subjek pedagogi pendidikan. Namun begitu,saya sedar bahawa bukan semua teori-teori yang dinyatakan dapat diaplikasikan dalam semua mata pelajaran,terutamanya subjek pendidikan jasmani yang banyak dilaksanakan di luar kelas. Saya haruslah berhati-hati dalam membuat perancangan dan menerapkan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran. Bukan itu sahaja,beberapa faktor juga harus saya teliti dengan persis. Antara faktor yang diambilkira adalah faktor latar belakang murid,aktiviti,bahan bantu mengajar,dan terutamanya faktor keselamatan yang amat ditekankan dalam subjek pendidikan jasmani.

            Saya juga bercadang mengaplikasikan beberapa teori yang dicadangkan oleh pakar dalam bidang pendidikan jasmani. Antaranya adalah permainan ubahan,Teaching Games For Understanding (TGFU),dan Invension Games. Dimana pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan melalui cadangan-cadangan yang telah disuarakan oleh pakar. Subjek pendidikan jasmani bukan semata-mata memberi pendedahan awal berkenaan dengan aktiviti pendidikan jasmani lepada kanak-kanak namun ia adalah satu proses pembelajaran yang harus digunuakan sepenuhnya bagi kanak-kanak bukan sahaja bermain,malah memahami bagaimana sesuatu aktiviti fisikal dilaksanakan,etika perlaksanaan dan juga langkah keselamatan yang diamalkan semasa melakanakan aktiviti yang dapat diterapkan melalui peneguhan nilai-nilai murni.
        
            Saya juga bercadang mengaplikasikan beberapa teori yang dicadangan dari aspek kawalan kelas. Di mana teoris-teoris telah banyak mengeluarkan idea-idea bernas dalam kajian mereka tetapi teori yang direka haruslah perlu diteliti dengan baik dari aspek-aspek tertentu. Inilah peluang saya mengaplikasikan teori yang dicadangkan oleh pakar. Teori pengurusan kelompok yang dipelopori oleh Kounin “Teori Kounin” adalah panduan utama saya dalam menguruskan sesuatu kelompok murid terutamanya semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap,praktikum fasa ketiga kali ini mampu memberi pendedahan awal bagi saya mengalami keadaan sebenar bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dirancang,dilaksana dan proses penambahbaikan kelemahan serta masa untuk membuat munasabah diri setelah sesuatu pengajaran dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment