Wednesday 3 October 2012

LATIHAN JEDA




Latihan Jeda Jarak Jauh (Interval Training)

• Diperkenal di Jerman oleh Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 30an.
• Satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda rehat
• Biasanya digunakan dalam latihan olahraga dan renang.
• Dianggap latihan terbaik dan sesuai pada penghujung musim persediaan umum dan kerap digunakan dalam musim persediaan khusus.
• Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : ½ hingga 1 : 1 bergantung kepada jarak larian atau masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu larian, contoh :
Masa larian = 10 minit
Masa rehat = 5 minit
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½
Masa larian = 3 minit
Masa rehat = 3 minit
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : 1
• Ulangan yang dicadangkan antara 2 – 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh
• Ulangan 3 – 4 bagi jarak yang kurang daripada 800 meter bagi satu larian (ulangan)
• Jumlah set yang dicadangkan sama seperti jumlah ulangan.
• Rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi, iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua dimulakan.
• Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut :
3 X 1500 meter X 2 set @ 8 minit ( 1 : ½ ), bermaksud :
Tiga ulangan larian berjarak 1500 meter setiap latihan, dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit.

No comments:

Post a Comment