Wednesday 31 October 2012

CERITA DI SK MERANEK


Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum fasa 1...

      Semester 5, 2011 ini merupakan praktikum fasa pertama bagi saya. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Meranek. Sebelum memulakan praktikum, saya telah mencari di mana terletaknya SK Meranek. Sekolah tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari IPG Kampus Tun Abdul Razak. Selain itu, saya juga telah memulakan perancangan sebelum praktikum bermula. Saya telah menyiapkan diri saya bersedia dari segi fizikal dan mental. 

Semasa berlangsung Kejohanan Bola Baling pula, saya agak risau akan tugas yang diberikan kepada saya. Dengan adanya pengalaman dan pengetahuan yang saya pelajari di institut saya lebih yakin dengan kerja saya. Saya juga meminta bantuan daripada guru orang yang lebih berpengalaman untuk membimbing saya setiap masa.

Banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang saya dapat pada minggu kedua ini. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani saya mengambil peluang semasa Kejohanan Bola Baling untuk belajar dan menimba ilmu yang  baru. Saya banyak mendapat maklumat yang dengan peraturan dan pengadilan bola baling. Saya juga banyak belajar tentang pengelolaan sebuah kejohanan yang besar seumpama ini. Ianya bukan semudah seperti tanggapan saya selama ini. Pelbagai persiapan sebelum, semasa dan selepas kejohanan.

Tindakan yang perlu saya lakukan untuk masa hadapan ialah saya perlu lebih bertanyakan tentang pengelolaan Kejohanan Bola Baling. Kejohanan ini sangat berbeza dengan kejohanan yang lain. Ini memerlukan guru pakar dalam bidang tersebut. Saya akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak ilmu tentang ini agar pada suatu masa nanti saya boleh menjadi seorang pakar seperti guru Bola Baling di SK Meranek.

Pengetahuan baru yang saya perolehi dalam minggu ketiga ini ialah pengalaman dari segi kawalan kelas. Guru pembimbing saya memberi nasihat tentang     teguran terhadap murid hendaklah berkesan. Ini kerana murid sangat suka melakukan aktiviti bermain sehingga kelas tidak terkawal. Oleh itu, beliau mencadangkan kepada saya murid yang nakal sentiasa diberi perhatian dan jangan dibiarkan bersendirian tanpa melakukan sebarang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment