Friday 21 August 2015


Gambar Terbaru, Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Bahagian Sibu 2014.

Wednesday 29 January 2014

Aspek-aspek Pengurusan Majlis atau Aktiviti Pertandingan Kokurikulum

Aspek-Aspek Pengurusan Majlis @ Aktiviti Pertandingan Kokurikulum

Pengurusan berdasarkan kepada tiga tahap:

-           Sebelum aktiviti (pra)
-           Semasa aktiviti dijalankan
-           Selepas aktiviti (post)

1. Kesetiausahaan Majlis
    Aspek yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kepentadbiran dan kepengelolaan sesuatu majlis seperti berikut.:
a)        Urusan surat menyurat,
b)        Penyediaan dan pengedaran kad-kad jemputan @ surat jemputan,
c)        Penyediaan dan pengedaran buku cenderamata
d)        Penulisan draf-draf ucapan, skrip pengacaraan dan sebagainya,
e)        Penyediaan sijil dan surat-surat penghargaan.

2. Perancangan Majlis
    Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut
a)        Penyediaan Kertas Konsep Perlaksanaan, Kertas Cadangan Pelaksanaan dan Kertas Pelaksanaan.
b)        Mesyuarat-Mesyuarat Pelaksanaan
c)        Penetapan dan Penyusunan atur cara
d)        Penggubalan aturcara dan aliran pentadbiran majlis

3.  Persiapan/Persediaan Tempat Majlis
     Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
a)       Pemasangan bendera
b)       Pemasangan gambar-gambar pemerintah dan pemimpin.
c)       Penyediaan dan penyiapan pentas, siaraya
d)       Penyusunan kerusi meja

4.  Pengelolaan Majlis
     Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti berikut;
a)        Pelaksanaan aturcara termasuklah persembahan (jika ada)
b)        Pemberian anugerah/hadiah/sijil-sijil (jika berkenaan)
c)        Pengacaraan Majlis
d)        Jamuan (jika ada)
e)        Sambutan ketibaan dan keberangkatan pulang para tetamu.

5. Penggulungan Majlis
   Di antara pelbagai aktiviti yang terangkum dalam aspek ini termasuklah yang berikut:-
a)         Penulisan dan pengedaran surat-surat ucapan terima kasih
b)         Penulisan Laporan Pelaksanaan
c)         Mesyuarat Post Mortem
d)         Penutupan dan Penyiapan dokumen-dokumen pelaksanaan dan pengelolaan
e)         Pemantauan dan pelaksanaan langkah-langkah pembaikan (jika ada/perlu)



Thursday 4 April 2013

GULING HADAPAN (FOWARD ROLL)


GULING HADAPAN (FORWARD ROLL)

Untuk melakukan pergerakkan ini, peserta perlulah melakukan lompatan biasa terlebih dahulu.
Untuk melukukan lompatan ini, peserta perlulah:
1. berdiri dalam keadaan yang bersedia.
2. tumit kaki peserta perlulah rapat.
3. semasa hendak melakukan lompatan, peserta perlu merendahkan atau membengkokkan lutut mereka untuk melakukan lonjakkan.
3. kemudian, peserta melompat dan semasa di udara, keadaan badan peserta perlulah menegak dan bahagian hujung kaki(point toes) perlulah dirapatkan. Kedua belah tangan peserta juga perlulah diangkat untuk keseimbangan ketika mendarat.
4. Ketika mendarat juga, keadaan lutut peserta perlulah dibengkokkan sedikit dan kedua tangan diangkat untuk menampung berat badan dan memberi keseimbangan kepada peserta.
5. Keadaan kaki pula, tumit kaki perlulah dalam keadaan rapat.
6.Lakukan lompatan ini beberapa kali untuk membiasakan seorang peserta membuat lompatan dalam keadaan yang betul dan selamat.


LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT GULING HADAPAN. (FORWARD ROLL)

(Teknik-Teknik Lakuan Kemahiran dan Ansur Maju)

Cara guling hadapan

1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri dan dalam keadaan bersedia.
2. Lutut dibengkokkan sedikit.
3. Tangan diangkat lurus ke hadapan.
4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak.
5. Kemudian, Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu.
6. Kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut.
7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki.
8. Kepala ditundukkan ke dada.
9. Tangan dibengkokkan.
10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan tidak bergolek menggunakan atas kepala.)
11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan.
12. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling kehadapan.
13. Sehingga berdiri atas kaki semula.
14. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yangdirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untukdapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

(Guling Hadapan dengan lonjakan kehadapan)

1. perserta dalam keadaan berdiri dan dalam keadaan bersedia.
2. peserta dikehendaki membengkokkan sedikit lutut ke hadapan dan tangan diangkat lurus kehadapan.
3. seterusnya, perserta melompat kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki.
4. Kemudian, peserta perlu menyambut berat badan dengan kedua belah tangan(tapak tangan).
5. . Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
5. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling kehadapan sehingga peserta berdiri semula dalam keadaan yang seimbang dan stabil.
6. semasa berdiri, angkatkan kedua belah tangan untuk mengekalkan keseimbangan.

 Guling hadapan (berhalangan)

1. perserta dalam keadaan berdiri dan bersedia.
2. perserta perlu berlari anak.
3. kemudian, apabila semakin menghampiri halangan (3 orang yang peserta dalam keadaan sujud), peserta perlu bersedia untuk melakukan lonjakkan kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki.
4. seterusnya, perserta melompat kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki untuk melepasi halangan dihadapannya.
5. Kemudian, peserta perlu menyambut berat badan dengan kedua belah tangan(tapak tangan) dengan kedudukan dagu yang dirapatkan didada atau badan.(elakkan menggunakan kepala)
6. Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
7. semasa berdiri, perserta perlulah mengangkat kedua belah tangan dan perserta perlulah melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan.

 (Melompat menggunakan spring board)

1. untuk permulaan, peserta perlulah membiasakan diri dahulu menggunakan spring board (papan lonjakan) tersebut.
2. selesai membiasakan diri dengan papan lonjak tersebut, perserta dikehendaki berlari anak dan melakukan lompatan menggunakan papan lonjak tersebut.
3. semasa memijak papan lonjak tersebut, perserta perlulah memijak ditempat yang betul untuk menghasilkan lonjakkan yang tinggi dan selamat.
4. Untuk menghasilkan lompatan yang tinggi, peserta perlulah menggunakan kekuatan kaki untuk membuat lonjakkan.
5. semasa melonjak, peserta perlulah melompat setinggi yang boleh dengan keadaan badan yang lurus dan kepala memandang kehadapan.
6. semasa mendarat, peserta perlulah berdiri dalam keadaan yang tegak dan kepala memandang kehadapan. Kedua tangan perserta juga perlulah diangkat untuk keseimbangan semasa mendarat.
            
 (melompat menggunakan spring board dan melepasi halangan(lombol)

1. pertama sekali, peserta perlulah berlari anak.
2. apabila menghampiri papan lonjak, peserta perlulah bersedia untuk melakukan lompatan menggunakan papan lonjak tersebut.
3. seterusnya, peserta membuat lompatan kehadapan untuk melepasi halangan.
4. semasa memijak papan lonjak tersebut, peserta perlulah memijak di tempat yang sesuai untuk menghasilkan lompatan yang tinggi dan selamat.
5. semasa melonjak, peserta perlulah menggunakan lonjakkan kaki untuk menghasilkan lompatan yang tinggi dengan bantuan papan lonjak tersebut.
6. apabila berada di udara, peserta perlulah dalam keadaan yang tegak dan kepada memandang kehadapan untuk keseimbangan semasa mendarat.
7. semasa mendarat, peserta perlulah berdiri dalam keadaan yang tegak dan kepala memandang kehadapan. Kedua tangan perserta juga perlulah diangkat untuk keseimbangan semasa mendarat.

 (guling hadapan menggunakan spring board dan melepasi halangan)

1. peserta perlulah berdiri dalam keadaan bersedia.
2. kemudian, perserta dikehendaki berlari anak.
3. apabila menghampiri papan lonjak, peserta perlulah bersedia untuk melakukan lompatan menggunakan papan lonjak tersebut.
4. Seterusnya, peserta perlulah melompat ke atas papan lonjak tersebut ditempat yang sesuai untuk menghasilkan lompatan yang baik dan selamat. Apabila melompat, kekuatan kaki juga diperlukan.
5. Seterusnya, peserta dikehendaki melonjak atau melompat kehadapan dengan keadaan kedua belah tangan lurus kehadapan untuk persedian menyambut berat atau beban badan.
6. semasa mendarat, kedua belah tangan perlulah menyambut berat badan peserta.
7. Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
8. semasa berdiri, perserta perlulah mengangkat kedua belah tangan dan perserta perlulah melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan.

(CARA ATAU LANGKAH PERGERAKAN GULING BALAK)

Cara untuk melakukan pergerakan ini adalah seperti berikut:
1. perserta perlulah dalam keadaan baring dan bersedia.
2. untuk bahagian tangan, kedua belah tangan peserta perlulah diangkat ke atas.
3. Bagi bahagian kaki pula mestilah dalam keadaan yang lurus (dilunjurkan).
4. Kemudian, peserta dikehendaki memusingkan atau memutarkan badan mereka.
5. ketika hendak memusingkan badan, sedikit tolakkan atau lonjakkan badan adalah diperlukan sama ada berpusing ke sebelah kiri atau ke kanan.


( SEMOGA NOTA INI DAPAT MEMBANTU KALIAN SEMUA.. SEMOGA BERJAYA.. )

Thursday 31 January 2013

PPE (Personal Protection Equipment)


Aktiviti yang menggunakan PPE, Abseling, Flying Fox, Repelling, Wall Climbing...

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Amalkan cara hidup sihat
  • Bersenam selalu
  • Makan secara sihat
  • Tidak Merokok
  • Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
  • Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)
Had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak...
  • Kurangkan kekerapan pengambilan makanan bergoreng
  • Pilihlah makanan yang rendah lemak
  • Ambil kuih yang berminyak dalam kuantiti yang sedikit
  • Buang kulit dan lemak daripada ayam atau daging sebelum makan
  • Pilihlah makanan yang rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol
Pilih makanan dan minuman yang kurang gula...
  • Hadkan pengambilan makanan manis dan bergula
  • Kurangkan miuman yang manis da berkarbonat
  • Gunakan panel maklumat pemakanan untuk membuat perbandingan jumlah gula didalam sesuatu produk
  • Berhati2 dengan pemanis tiruan
Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan....
  • Makan sekurang-kurangnyer 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan
  • Makan sekurang-kurangnyer satu jenis buah pada setiap waktu makan
  • Pelbagaikan jenis buah dan sayur
  • Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur Contoh : nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal)
  • Jadikan buah sebagai snek
  • Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda

Makan bijirin penuh, kekacang dan biji-bijian....
  • Makan sarapan berasaskan bijirin pehug seperti oat, jagung dan capati
  • Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh
  • Cuba gantikan arau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang
  • Makan makanan seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu
  • Makan kekacang atau biji-bijian beberapa kali seminggu Contoh : biji selasih dalam minuman atau kuih yang ditabur bijan

Wednesday 31 October 2012

ABM


BINTANG

Bintang ini saya gunakan sebagai bahan motivasi murid dalam PnP.. Setiap bintang mewakili markah2 yang berlainan. Markah paling tinggi ialah 3 dan rendah adalah 1. Selepas murid selesai menjawab mana2 soalan yang saya ajukan, mereka akan diberi markah mengikut ketepatan jawapan yang diberi. Syukur, kaedah ini telah menarik minat murid dalam PnP. Mereka sangat seronok dan terlibat aktif dalam PnP.. Moga semua dapat idea baru dari apa yg saya kongsikan.. TQ.


MODEL JAM

Model jam ini lebih sinonim dengan tunjuk arah.. Saya menggunakan model ini untuk menerangkan pada murid tentang arah. Lebih2 lagi dalam subjek PJ.. Cikgu PJ kdg2 sukar untuk menunjukkan arah pergerakan kepada murid. Tahap kefahaman murid berbeza-beza. Kita harus faham apa kehendak murid.. Dengan ini, saya dapat merasakan model ini sgt2 membantu saya dalam memberi arahan kepada murid. Hanya utk perkongsiaan.. TQ.

CERITA DI SK TANAH MERAH


Pengalaman terakhir BERPRAKTIKUM... :)

            Semester 7, 2012 ini merupakan praktikum fasa ketiga bagi saya. Taklimat telah dilaksanakan pada minggu sebelum perlaksanaan praktikum oleh ketua unit pratikum En Sawal Bin Achong. Sebaik sahaja taklimat selesai dilaksanakan,saya menggunakan ruang yang ada mempersiapkan diri menyediakan segala keperluan seperti peralatan alat tulis yang bakal digunakan semasa praktikum. Antara perkara yang saya tumpukan dalam proses sebelum praktikum adalah mencetak dan menyediakan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan moral. Bukan itu sahaja,saya juga turut membuat penelitian terhadap penyediaan portfolio induk praktikum bagi fasa satu dan dua. Saya juga mencetak satu salinan garis panduan praktikum dan borang-borang yang perlu disediakan bagi tujuan tertentu khasnya borang pelaporan. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian. Sebelum memulakan praktikum, saya telah mencari di mana terletaknya SK Tanah Merah. Sekolah tersebut terletak kira-kira 30 kilometer dari Pasar Serian. Selain itu, saya juga telah memulakan perancangan sebelum praktikum bermula. Saya telah menyiapkan diri saya bersedia dari segi fizikal dan mental. 

            Dari aspek persediaan kendiri,saya bersedia untuk melaksanakan praktikum fasa ketiga ini dengan lebih bersemangat setelah melalui dua dasa yang lepas pada semester lima dan enam.Perasaan yang berdebar membuatkan saya sedikit terganggu mempersiapkan diri. Namun dengan adanya dorongan rakan,pensyarah dan juga keluarga telah memberi semangat kepada saya untuk menyahut cabaran yang bakal ditempuhi selama dua belas minggu yang akan datang.

            Saya juga turut menyediakan segala nota dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Ini bertujuan memudahkan saya membuat rujukan sekiranya perlu dan ia mampu membantu saya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian terutamanya dari aspek aktiviti yang bakal dilaksanakan. Segala nota yang telah dibuat termasuklah portfolio subjek saya sediakan sebagai sumber rujukan pada masa memerlukanya. Bukan itu sahaja,saya juga membelanjakan sebahagian wang bagi menyediakan alat tulis dan ia termasuklah buku rekod mengajar,pen,kertas A4,dan lain-lain.

            Subjek ilmu pendidikan ataupun “EDU” yang ditawarkan sepanjang pengajian adalah subjek yang banyak membantu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan sepanjang tempoh praktikum kelak. Pelbagai teknik dan kaedah dapat dilaksanakan dalam pengajaran. Bukan itu sahaja,masa tempoh praktikum inilah masanya bagi saya mengaplikasikan semaksimum mungkin pengetahuan yang saya pelajari dalam subjek pedagogi pendidikan. Namun begitu,saya sedar bahawa bukan semua teori-teori yang dinyatakan dapat diaplikasikan dalam semua mata pelajaran,terutamanya subjek pendidikan jasmani yang banyak dilaksanakan di luar kelas. Saya haruslah berhati-hati dalam membuat perancangan dan menerapkan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran. Bukan itu sahaja,beberapa faktor juga harus saya teliti dengan persis. Antara faktor yang diambilkira adalah faktor latar belakang murid,aktiviti,bahan bantu mengajar,dan terutamanya faktor keselamatan yang amat ditekankan dalam subjek pendidikan jasmani.

            Saya juga bercadang mengaplikasikan beberapa teori yang dicadangkan oleh pakar dalam bidang pendidikan jasmani. Antaranya adalah permainan ubahan,Teaching Games For Understanding (TGFU),dan Invension Games. Dimana pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan melalui cadangan-cadangan yang telah disuarakan oleh pakar. Subjek pendidikan jasmani bukan semata-mata memberi pendedahan awal berkenaan dengan aktiviti pendidikan jasmani lepada kanak-kanak namun ia adalah satu proses pembelajaran yang harus digunuakan sepenuhnya bagi kanak-kanak bukan sahaja bermain,malah memahami bagaimana sesuatu aktiviti fisikal dilaksanakan,etika perlaksanaan dan juga langkah keselamatan yang diamalkan semasa melakanakan aktiviti yang dapat diterapkan melalui peneguhan nilai-nilai murni.
        
            Saya juga bercadang mengaplikasikan beberapa teori yang dicadangan dari aspek kawalan kelas. Di mana teoris-teoris telah banyak mengeluarkan idea-idea bernas dalam kajian mereka tetapi teori yang direka haruslah perlu diteliti dengan baik dari aspek-aspek tertentu. Inilah peluang saya mengaplikasikan teori yang dicadangkan oleh pakar. Teori pengurusan kelompok yang dipelopori oleh Kounin “Teori Kounin” adalah panduan utama saya dalam menguruskan sesuatu kelompok murid terutamanya semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap,praktikum fasa ketiga kali ini mampu memberi pendedahan awal bagi saya mengalami keadaan sebenar bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dirancang,dilaksana dan proses penambahbaikan kelemahan serta masa untuk membuat munasabah diri setelah sesuatu pengajaran dilaksanakan.