Wednesday 19 September 2012

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.
Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :
  1. Kaedah Kuliah
  2. Kaedah Perbincangan
  3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
  4. Kaedah Latihan
  5. Kaedah Penemuan
  6. Kaedah Projek
  7. Kaedah Persembahan Lisan
  8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.
KAEDAH KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :
  1. Pengenalan
  • Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
  • Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
  • Cuba membangkitkan minat
  • Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

2.      Persembahan
  • Kuat tetapi nada mesra
  • Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
  • Huraikan istilah yang digunakan
  • Bercakap dengan semua pelajar
  • Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain
  • Ulang butiran penting
  • Guna lawak jenaka
  • Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin
3.      Penutup
  • Mengulangi point-point utama
  • Menggalakkan perbincangan
  • Meneguhkan point yang lemah
 
 KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :
  1. Pendahuluan
  • Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut atau berdiri
  • Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
  • Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
2.      Demonstrasi
  • Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar
  • Ikut cara dan prosedur yang piawai
  • Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
3.      Demonstrasi dan pengajaran
  • Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
  • Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
  • Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
  • Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya.
  • Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
4.      Ulang demonstrasi dan butiran yang penting
  • Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
  • Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
  • Beri butiran penting
5.      Penutup
  • Ulang butiran penting
  • Menggalakkan perbincangan
  • Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran
  KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
Terdapat beberapa gaya atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
  1. Kaedah/Gaya Langsung
  2. Kaedah/Gaya Gabungan
  3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung
 
 GAYA LANGSUNG
GAYA GABUNGAN
GAYA TIDAK LANGSUNG
  • Gaya Arahan
  • Gaya Tugasan
·  Limitasi / Penemuan
   Terbimbing
·  Penyelesian masalah
·  Bertindak balas 
·  Semak kendiri 
·  Penerimaan beramai 
·  Penerokaan





GAYA LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.
 KELEBIHAN
KELEMAHAN
  1. Kaedah yang berkesan
  2. Berfokus kepada yang ingin dipelajari
  3. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi
  4. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur
  1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan)
  2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.
 
GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif yang menganggapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan.
 KELEBIHAN
                       KELEMAHAN                     
  1. Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya
  2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab
  3. Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar
  4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
  1. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.
  2. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.
  3. Sukar untuk mengawal kelas
  4. Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran
 

GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti. Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :
GURU
PELAJAR
1.      Mengawal penuh pengajaran 
  1. Memilih aktiviti
  2. Menentukan bagaimana dan bila
  3. Mengawal tingkah laku
  4. Menilai keputusan
  1. Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
  2. Individu mendapat kurang perhatian

Ciri-ciri gaya arahan:
  1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar .
  2. Pelajar berlatih.
  3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
  4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
  5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
  6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan
PENEMUAN TERBIMBING
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitasi ( Bilbrough & Jones, 1968 ). Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh ‘Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’
Kelebihan
  1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
  2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
  3. Memupuk pembangunan arah kendiri


PENYELESAIAN MASALAH
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Di dalam kelas pendidikan jasmani, selepas guru memberi beberapa soalan, pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :
  1. Menganalisis dan memahami masalah
  2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
  3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat
  4. Membentukkan jawapan yang mungkin
  5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif
  6. Pilih penyelesaian paling sesuai.
  7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan
  1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
  2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
  3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan
  1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
  2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
  1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
  2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing proses penyelesaian itu.
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.
Saiz kelas
Gaya pengajaran
Seluruh kelas
  • Langsung
  • Penyelesaian masalah
Kumpulan kecil
  • Stesen
Individu
  • Lembaran kerja /tugas



RANCANGAN TAHUNAN, PENGGAL DAN MINGGUAN
Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut:
  1. Jumlah masa pengajaran yang terhad
Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap 1 menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap 2, masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.
  1. Persekitaran pengajaran
Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan kecil boleh dibentuk  untuk tujuan diatas.
  1. Latar Belakang Guru
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh Institut Pendidikan Guru di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
  1. Latar Belakang Pelajar
Tidak semua murid adalah sama. Perbezaan di kalangan murid itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan murid kurang minat terhadap pendidikan jasmani.  

Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah. Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya mengikut prinsip ansur maju.
FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : ……………………………..
Waktu : ………………………..
Kelas : …………………………..
Bil Murid : …………………………
Umur : …………………………….
Matapelajaran : …………………………….
Kemahiran : ……………………..
BSPP : ………………………..
Pengalaman sedia ada : ………………………..
Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat ……………………………..
Penerapan nilai : ………………………………

BAHAGIAN (WAKTU)
GERAK KERJA
BUTIRAN MENGAJAR
PENGELOLAAN KELAS
BSPP CATATAN
Memanaskan badan 
(3 minit)
Pilih 2 atau 3 aktiviti ringkas 
Perkara-perkara penting yang disebut oleh guru, jelas, tepat dan padat
Pentingkan gambarajah.

Bagaimana melaksanakan aktiviti ?
Nyatakan jenis dan bilangan 
Buat catatan untuk mengingati guru segala perkara seperti langkah keselamatan/  kaedah/nilai
Gerak kerja kumpulan 
(8 minit)
Senaraikan aktiviti ikut turutan ansur maju
Pemainan keci 
(7 minit)
Namakan permainan
Penutup 
(2 minit)
Aktiviti pulihan/  perbincangan


2 comments: