Pengalaman terakhir BERPRAKTIKUM... :)
Semester
7, 2012 ini merupakan praktikum fasa ketiga bagi saya. Taklimat telah
dilaksanakan pada minggu sebelum perlaksanaan praktikum oleh ketua unit
pratikum En Sawal Bin Achong. Sebaik sahaja taklimat selesai dilaksanakan,saya
menggunakan ruang yang ada mempersiapkan diri menyediakan segala keperluan
seperti peralatan alat tulis yang bakal digunakan semasa praktikum. Antara
perkara yang saya tumpukan dalam proses sebelum praktikum adalah mencetak dan
menyediakan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dan
pendidikan moral. Bukan itu sahaja,saya juga turut membuat penelitian terhadap
penyediaan portfolio induk praktikum bagi fasa satu dan dua. Saya juga mencetak
satu salinan garis panduan praktikum dan borang-borang yang perlu disediakan
bagi tujuan tertentu khasnya borang pelaporan. Saya telah ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian. Sebelum memulakan praktikum, saya telah
mencari di mana terletaknya SK Tanah Merah. Sekolah tersebut terletak kira-kira
30 kilometer dari Pasar Serian. Selain itu, saya juga telah memulakan
perancangan sebelum praktikum bermula. Saya telah menyiapkan diri saya bersedia
dari segi fizikal dan mental.
Dari aspek persediaan kendiri,saya
bersedia untuk melaksanakan praktikum fasa ketiga ini dengan lebih bersemangat
setelah melalui dua dasa yang lepas pada semester lima dan enam.Perasaan yang
berdebar membuatkan saya sedikit terganggu mempersiapkan diri. Namun dengan
adanya dorongan rakan,pensyarah dan juga keluarga telah memberi semangat kepada
saya untuk menyahut cabaran yang bakal ditempuhi selama dua belas minggu yang
akan datang.
Saya juga turut menyediakan segala
nota dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan jasmani.
Ini bertujuan memudahkan saya membuat rujukan sekiranya perlu dan ia mampu
membantu saya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian terutamanya dari
aspek aktiviti yang bakal dilaksanakan. Segala nota yang telah dibuat termasuklah
portfolio subjek saya sediakan sebagai sumber rujukan pada masa memerlukanya.
Bukan itu sahaja,saya juga membelanjakan sebahagian wang bagi menyediakan alat
tulis dan ia termasuklah buku rekod mengajar,pen,kertas A4,dan lain-lain.
Subjek ilmu pendidikan ataupun “EDU”
yang ditawarkan sepanjang pengajian adalah subjek yang banyak membantu dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan sepanjang tempoh
praktikum kelak. Pelbagai teknik dan kaedah dapat dilaksanakan dalam
pengajaran. Bukan itu sahaja,masa tempoh praktikum inilah masanya bagi saya
mengaplikasikan semaksimum mungkin pengetahuan yang saya pelajari dalam subjek
pedagogi pendidikan. Namun begitu,saya sedar bahawa bukan semua teori-teori
yang dinyatakan dapat diaplikasikan dalam semua mata pelajaran,terutamanya
subjek pendidikan jasmani yang banyak dilaksanakan di luar kelas. Saya haruslah
berhati-hati dalam membuat perancangan dan menerapkan teori-teori pembelajaran
yang bersesuaian dengan mata pelajaran. Bukan itu sahaja,beberapa faktor juga
harus saya teliti dengan persis. Antara faktor yang diambilkira adalah faktor
latar belakang murid,aktiviti,bahan bantu mengajar,dan terutamanya faktor
keselamatan yang amat ditekankan dalam subjek pendidikan jasmani.
Saya juga bercadang mengaplikasikan
beberapa teori yang dicadangkan oleh pakar dalam bidang pendidikan jasmani.
Antaranya adalah permainan ubahan,Teaching
Games For Understanding (TGFU),dan Invension
Games. Dimana pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan melalui
cadangan-cadangan yang telah disuarakan oleh pakar. Subjek pendidikan jasmani
bukan semata-mata memberi pendedahan awal berkenaan dengan aktiviti pendidikan
jasmani lepada kanak-kanak namun ia adalah satu proses pembelajaran yang harus
digunuakan sepenuhnya bagi kanak-kanak bukan sahaja bermain,malah memahami
bagaimana sesuatu aktiviti fisikal dilaksanakan,etika perlaksanaan dan juga
langkah keselamatan yang diamalkan semasa melakanakan aktiviti yang dapat
diterapkan melalui peneguhan nilai-nilai murni.
Saya juga bercadang mengaplikasikan
beberapa teori yang dicadangan dari aspek kawalan kelas. Di mana teoris-teoris
telah banyak mengeluarkan idea-idea bernas dalam kajian mereka tetapi teori
yang direka haruslah perlu diteliti dengan baik dari aspek-aspek tertentu.
Inilah peluang saya mengaplikasikan teori yang dicadangkan oleh pakar. Teori
pengurusan kelompok yang dipelopori oleh Kounin “Teori Kounin” adalah panduan
utama saya dalam menguruskan sesuatu kelompok murid terutamanya semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap,praktikum fasa ketiga
kali ini mampu memberi pendedahan awal bagi saya mengalami keadaan sebenar
bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dirancang,dilaksana dan proses
penambahbaikan kelemahan serta masa untuk membuat munasabah diri setelah
sesuatu pengajaran dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment