Wednesday, 31 October 2012

ABM


BINTANG

Bintang ini saya gunakan sebagai bahan motivasi murid dalam PnP.. Setiap bintang mewakili markah2 yang berlainan. Markah paling tinggi ialah 3 dan rendah adalah 1. Selepas murid selesai menjawab mana2 soalan yang saya ajukan, mereka akan diberi markah mengikut ketepatan jawapan yang diberi. Syukur, kaedah ini telah menarik minat murid dalam PnP. Mereka sangat seronok dan terlibat aktif dalam PnP.. Moga semua dapat idea baru dari apa yg saya kongsikan.. TQ.


MODEL JAM

Model jam ini lebih sinonim dengan tunjuk arah.. Saya menggunakan model ini untuk menerangkan pada murid tentang arah. Lebih2 lagi dalam subjek PJ.. Cikgu PJ kdg2 sukar untuk menunjukkan arah pergerakan kepada murid. Tahap kefahaman murid berbeza-beza. Kita harus faham apa kehendak murid.. Dengan ini, saya dapat merasakan model ini sgt2 membantu saya dalam memberi arahan kepada murid. Hanya utk perkongsiaan.. TQ.

CERITA DI SK TANAH MERAH


Pengalaman terakhir BERPRAKTIKUM... :)

            Semester 7, 2012 ini merupakan praktikum fasa ketiga bagi saya. Taklimat telah dilaksanakan pada minggu sebelum perlaksanaan praktikum oleh ketua unit pratikum En Sawal Bin Achong. Sebaik sahaja taklimat selesai dilaksanakan,saya menggunakan ruang yang ada mempersiapkan diri menyediakan segala keperluan seperti peralatan alat tulis yang bakal digunakan semasa praktikum. Antara perkara yang saya tumpukan dalam proses sebelum praktikum adalah mencetak dan menyediakan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan moral. Bukan itu sahaja,saya juga turut membuat penelitian terhadap penyediaan portfolio induk praktikum bagi fasa satu dan dua. Saya juga mencetak satu salinan garis panduan praktikum dan borang-borang yang perlu disediakan bagi tujuan tertentu khasnya borang pelaporan. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian. Sebelum memulakan praktikum, saya telah mencari di mana terletaknya SK Tanah Merah. Sekolah tersebut terletak kira-kira 30 kilometer dari Pasar Serian. Selain itu, saya juga telah memulakan perancangan sebelum praktikum bermula. Saya telah menyiapkan diri saya bersedia dari segi fizikal dan mental. 

            Dari aspek persediaan kendiri,saya bersedia untuk melaksanakan praktikum fasa ketiga ini dengan lebih bersemangat setelah melalui dua dasa yang lepas pada semester lima dan enam.Perasaan yang berdebar membuatkan saya sedikit terganggu mempersiapkan diri. Namun dengan adanya dorongan rakan,pensyarah dan juga keluarga telah memberi semangat kepada saya untuk menyahut cabaran yang bakal ditempuhi selama dua belas minggu yang akan datang.

            Saya juga turut menyediakan segala nota dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Ini bertujuan memudahkan saya membuat rujukan sekiranya perlu dan ia mampu membantu saya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian terutamanya dari aspek aktiviti yang bakal dilaksanakan. Segala nota yang telah dibuat termasuklah portfolio subjek saya sediakan sebagai sumber rujukan pada masa memerlukanya. Bukan itu sahaja,saya juga membelanjakan sebahagian wang bagi menyediakan alat tulis dan ia termasuklah buku rekod mengajar,pen,kertas A4,dan lain-lain.

            Subjek ilmu pendidikan ataupun “EDU” yang ditawarkan sepanjang pengajian adalah subjek yang banyak membantu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan sepanjang tempoh praktikum kelak. Pelbagai teknik dan kaedah dapat dilaksanakan dalam pengajaran. Bukan itu sahaja,masa tempoh praktikum inilah masanya bagi saya mengaplikasikan semaksimum mungkin pengetahuan yang saya pelajari dalam subjek pedagogi pendidikan. Namun begitu,saya sedar bahawa bukan semua teori-teori yang dinyatakan dapat diaplikasikan dalam semua mata pelajaran,terutamanya subjek pendidikan jasmani yang banyak dilaksanakan di luar kelas. Saya haruslah berhati-hati dalam membuat perancangan dan menerapkan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran. Bukan itu sahaja,beberapa faktor juga harus saya teliti dengan persis. Antara faktor yang diambilkira adalah faktor latar belakang murid,aktiviti,bahan bantu mengajar,dan terutamanya faktor keselamatan yang amat ditekankan dalam subjek pendidikan jasmani.

            Saya juga bercadang mengaplikasikan beberapa teori yang dicadangkan oleh pakar dalam bidang pendidikan jasmani. Antaranya adalah permainan ubahan,Teaching Games For Understanding (TGFU),dan Invension Games. Dimana pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan melalui cadangan-cadangan yang telah disuarakan oleh pakar. Subjek pendidikan jasmani bukan semata-mata memberi pendedahan awal berkenaan dengan aktiviti pendidikan jasmani lepada kanak-kanak namun ia adalah satu proses pembelajaran yang harus digunuakan sepenuhnya bagi kanak-kanak bukan sahaja bermain,malah memahami bagaimana sesuatu aktiviti fisikal dilaksanakan,etika perlaksanaan dan juga langkah keselamatan yang diamalkan semasa melakanakan aktiviti yang dapat diterapkan melalui peneguhan nilai-nilai murni.
        
            Saya juga bercadang mengaplikasikan beberapa teori yang dicadangan dari aspek kawalan kelas. Di mana teoris-teoris telah banyak mengeluarkan idea-idea bernas dalam kajian mereka tetapi teori yang direka haruslah perlu diteliti dengan baik dari aspek-aspek tertentu. Inilah peluang saya mengaplikasikan teori yang dicadangkan oleh pakar. Teori pengurusan kelompok yang dipelopori oleh Kounin “Teori Kounin” adalah panduan utama saya dalam menguruskan sesuatu kelompok murid terutamanya semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap,praktikum fasa ketiga kali ini mampu memberi pendedahan awal bagi saya mengalami keadaan sebenar bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dirancang,dilaksana dan proses penambahbaikan kelemahan serta masa untuk membuat munasabah diri setelah sesuatu pengajaran dilaksanakan.

CERITA DI SK MERANEK


Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum fasa 1...

      Semester 5, 2011 ini merupakan praktikum fasa pertama bagi saya. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Meranek. Sebelum memulakan praktikum, saya telah mencari di mana terletaknya SK Meranek. Sekolah tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari IPG Kampus Tun Abdul Razak. Selain itu, saya juga telah memulakan perancangan sebelum praktikum bermula. Saya telah menyiapkan diri saya bersedia dari segi fizikal dan mental. 

Semasa berlangsung Kejohanan Bola Baling pula, saya agak risau akan tugas yang diberikan kepada saya. Dengan adanya pengalaman dan pengetahuan yang saya pelajari di institut saya lebih yakin dengan kerja saya. Saya juga meminta bantuan daripada guru orang yang lebih berpengalaman untuk membimbing saya setiap masa.

Banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang saya dapat pada minggu kedua ini. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani saya mengambil peluang semasa Kejohanan Bola Baling untuk belajar dan menimba ilmu yang  baru. Saya banyak mendapat maklumat yang dengan peraturan dan pengadilan bola baling. Saya juga banyak belajar tentang pengelolaan sebuah kejohanan yang besar seumpama ini. Ianya bukan semudah seperti tanggapan saya selama ini. Pelbagai persiapan sebelum, semasa dan selepas kejohanan.

Tindakan yang perlu saya lakukan untuk masa hadapan ialah saya perlu lebih bertanyakan tentang pengelolaan Kejohanan Bola Baling. Kejohanan ini sangat berbeza dengan kejohanan yang lain. Ini memerlukan guru pakar dalam bidang tersebut. Saya akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak ilmu tentang ini agar pada suatu masa nanti saya boleh menjadi seorang pakar seperti guru Bola Baling di SK Meranek.

Pengetahuan baru yang saya perolehi dalam minggu ketiga ini ialah pengalaman dari segi kawalan kelas. Guru pembimbing saya memberi nasihat tentang     teguran terhadap murid hendaklah berkesan. Ini kerana murid sangat suka melakukan aktiviti bermain sehingga kelas tidak terkawal. Oleh itu, beliau mencadangkan kepada saya murid yang nakal sentiasa diberi perhatian dan jangan dibiarkan bersendirian tanpa melakukan sebarang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

SPORT FOR FUN


  •  Merupakan aktiviti sukan yang dijalankan bagi tujuan rekreasi dan kesihatan.
  • Selaras dengan dasar sukan negara iaitu SUKAN UNTUK SEMUA.
  • Bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan anggota masyarakat dengan menggalakkan bersukan.
  •  Merujuk kepada aktiviti rekreasi fizikal dan sukan.
  • Menggalakkan penyertaan dari semua lapisan masyarakat.
  • Bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa

Tujuan/Objektif

Peringkat Individu

  • Sukan untuk hiburan juga bertujuan dalam pembentukkan sahsiah dalam diri individu. Ia membina nilai-nilai moral seperti keyakinan diri.
  • Selain itu, ia juga bertujuan mengisi masa lapang. Kita dapat mengisi masa dengan aktiviti bersukan.
  • Bersukan juga dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia. Ini bermakna bukan dari segi fizikal sahaja malah mental.
  • Tekanan dalam kehidupan seharian kita dapat ditangani dengan melakukan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Peringkat Masyarakat.
  • Secara umumnya, bersukan dapat memainkan peranan dalam pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat.
  • Mewujdkan suasana harmoni dan perpaduan melalui bersukan. Masyarakat setempat dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan erat melalui aktiviti seperti ini.
  • Mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
  • Bersukan untuk remaja(mengelakan terlibat dalam aktiviti jenayah dengan memanfaatkan masa lapang). Contohnya, sukan futsal yang amat digemari remaja pada masa kini.

Agensi-agensi yang terlibat.

Badan kerajaan atau bukan kerajaan yang memainkan peranan dalam memberi kemudahan bersukan selaras dengan dasar sukan negara.

Nestle Milo
  • Memberi tajaan kepada persatuan atau pertandingan sukan seperti sukan sekolah, negeri dan peringkat negara.
  • Tajaan adalah seperti minuman milo, pakaian atau piala pertandingan.
  • Tajaan ini bertujuan menggalakkan penganjuran sukan-sukan dalam kalangan persatuan-persatuan sukan selain daripada memberi kepentingan kepada syarikat penaja seperti pengecualian cukai.
  • Pengecualian cukai berlaku apabila pertubuhan atau syarikat swasta menaja satu penganjuran sukan dengan memberi sumbangan.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menggalakan penyertaan golongan belia dalam bersukan sebagai satu gaya hidup yang sihat. Contohnya program rakan muda, larian amal dan sebagainya. Kementerian ini sentiasa berusaha untuk melahirkan golongan belia yang sihat dari segi fizikal dan rohani. Pihak kementerian juga mengelakkan masalah gejala sosial dalam belia dengan menganjurkan sukan-sukan untuk masyarakat. Program seperti Rakan Muda mendedahkan remaja terhadap gaya hidup sihat dan beretika. Pembentukan remaja yang baik amat penting untuk masa depan negara. Agensi ini juga berperanan untuk membentuk jati diri belia yang baik dalam masyarakat. Contohnya, menganjurkan ceramah yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Badan ini juga sentiasa berusaha utuk mempromosikan sukan untuk hiburan kepada masyarakat dan memastikan sukan negara setanding di peringkat antarabangsa.

MAJLIS SUKAN NEGARA

Agensi ini berperanan dalam menggalakan penyertaan masyarakat dalam sukan. Contohnya, sukan untuk hiburan ialah sukan futsal. Sukan ini dipertandingkan di peringkat negara agar masyarakat dapat memupuk minat dalam sukan ini. Peranan Majlis Sukan Negara juga memperkemaskan persatuan-persatuan sukan di seluruh negeri. Agensi sukan ini sentiasa menyediakan atau memberi peluang penyertaan kepada bakat-bakat baru dalam sukan. Ini berkaitan dengan sukan untuk hiburan dari segi kemunculan bakat-bakat muda yang menyertai sukan masyarakat. Majlis Sukan Negara sentiasa menyediakan kemudahan untuk bersukan dalam dan di luar negara. Bagi sukan untuk hiburan pula, agensi ini juga sentiasa mempromosikan sukan untuk hiburan dalam kalangan masyarakat.

INSITITUT SUKAN NEGARA

Berperanan membuat penyelidikkan yang dapat membantu meningkatkan taraf sukan negara. Contonya, penyelidikan tentang kecederaan sukan, pemakanan yang seimbang untuk ahli sukan dan sebagainya. Menjalankan program-program khas dalam mencari bakat baru yang berpontensi dalam sukan. Melalui sukan untuk hiburan, agensi ini akan memantau bakat-bakat baru yang berketrampilan dalam bidang sukan yang disertai semasa terlibat dalam jenis-jenis sukan untuk hiburan. Agensi kerajaan ini juga menyediakan kemudahan bersukan untuk kegunaan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, penceramah sukan yang profesional untuk memperkenalkan sukan kepada masyarakat.

Contoh Sukan (Sport For Fun)

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa masyarakat minat menjadikan sukan ini sebagai satu hiburan.
Di samping itu, kos sukan ini lebih murah jika dari sudut masyarakat sahaja dan sukan ini senang untuk dianjurkan untuk masyarakat. Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Paintball
1.      Merupakan sebuah sukan lasak yang telah diperkenalkan 15 tahun dahulu di Amerika Syarikat.
2.      Sukan yang boleh dimainkan oleh seluruh lapisan masyarakat.
3.      Dimainkan ditempat terbuka dan luas seperti padang bola sepak. Ini kerana ia memerlukan pergerakkan yang banyak dan taktikal.
4.      Corak permainan seperti ala-perang atau ‘combat’. Pemain perlu menggunakan keadaan sekeliling, kepantasan, kebijaksanaan dan pertimbangan yang tepat bagi memenangi perlawanan.
5.      Menggunakan alat yang dipanggil ‘paintgun’ yang menembak peluru cat yang bertoksik. Paintgun menggunakan tekanan udara untuk menembak peluru cat dimana tahap tekanan yang digunakan adalah tetap dan tidak dapat diubah sendiri oleh pemain bagi tujuan keselamatan.
6.      Matlamat permainan ialah merampas bendera dari kawasan musuh bagi memenangi perlawanan. Permainan ini merupakan permainan yang pantas dan ekstrem.
7.      Corak permainan ini memerlukan semangat berpasukan dan kerjasama dalam mencapai matlamat permaina.
8.      Selain dari memberi kepuasan, ia juga merupakan satu cara dalam membentuk kerjasama dalam pasukan.
9.      Selain itu, ia boleh mengurangkan tekanan atau stress.
10.  Permainan ini berbentuk taktikal.
11.  Rakan-rakan, sekeluarga dapat bermain permainan ini sebagai satu permainan bersama dan hiburan kerana permainan ini asalnya dimain untuk hiburan.
Sepak Raga
1.      Merupakan permainan tradisional yang telah wujud sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2.      Permainan ini memerlukan pemainnya menimbang bola sepak raga diluar bulatan. Jika bola jatuh, maka pemain yang tidak dapat menyambut bola tersebut dikira kalah.
3.      Sukan ini ada dipertandingkan di temasya sukan-sukan antarabangsa seperti Sukan SEA di Korat, Thailand pada tahun lepas.
4.      Permainan ini popular dikalangan anak muda kampung.





PERANAN SUKAN DALAM PELANCONGAN

          Sukan dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi Negara.
·         Pelbagai jenis sukan yang dianjurkan dapat meningkatkan ekonomi Negara khususnya sukan-sukan yang bertaraf dunia. Contohnya, sukan Komanwel, Olimpik, Sukan Asia, Sukan Sea, Piala Dunia (bola sepak), Formula 1 dan sebagainya.
·         Sukan-sukan ini dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara melalui sektor perhotelan, makanan dan kraftangan dalam Negara semasa sesebuah sukan yang besar sedang dianjurkan dalam Negara.

           Sukan melalui pelancongan dapat membawa Malaysia di mata dunia.
·         Sukan dapat mempromosikan Malaysia melalui pelancongan contohnya apabila seseorang yang telah mewakili Negaranya untuk bertanding di Malaysia, secara tidak langsung beliau akn mengenali Malaysia dan menceritakan pengalaman semasa bertanding di Malaysia. Mereka akan menyebarkan nama baik Malaysia di Negara asal.

           Meningkatkan kadar pelacong.
·         Semasa sesebuah sukan yang besar sedang dianjurkan dalam Negara bukan sahaja menarik para ahli sukan malah para peminat dari luar Negara akan datang ke Malaysia. Para peminat ini tergolong dalam pelancong-pelancong asing dan tinggal dalam Negara buat sementara waktu semasa kejohanan dilangsungkan.
·         Kadar para pelancong juga semakin meningkat jikalau para pelancong masih tertarik dengan kecantikan dan keamanan Negara Malaysia setelah kejohanan tamat. 

Melawat ke tempat-tempat baru
·         Negara kita sangat terkenal dengan tempat-tempat peranginan yang menarik. Maka secara tidak langsung, para ahli sukan yang datang ke Negara kita akan melawat ke tempat-tempat tersebut.

Menggalakan integrasi antara kaum.
·         Semasa sukan yang sedang di dalam Negara, ahli-ahli sukan dapat menggalakan integrasi antara kaum sesama atlit dari Negara lain. Selain itu masyarakat setempat juga dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan peminat dari luar Negara malah masyarakat setempat yang turut menyaksikan kejohanan sukan.

Monday, 29 October 2012

MALAM SEJUTA KENANGAN


Julung2 kali nya majilis makan malam Jabatan PJ IPGKTARdiadakan yang bertempat di Pullman. 

Friday, 19 October 2012

SEMINAR PENYELIDIKAN










Hari yang penuh mendebarkan adalah hari pembentangan kajian tindakan saya. Kini saya sedar bahawa seseorang guru perlu yakin dengan penampilan diri lebih2 lagi di depan khalayak ramai. Banyak perkara baharu yang saya telah pelajari sepanjang menjalankan kajian tindakan saya yang mengambil masa hampir 1 tahun. Bukan sahaja di dalam kelas, malah tugas seorang guru juga adalah menyampaikan maklumat-maklumat baharu kepada masyarakat. Saya berasa amat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. :)

Thursday, 18 October 2012

DOUBLE R





Pasukan ini ditubuhkan daripada gabungan guru pelatih IPGKTAR dan IPGKR.. Maka jadilah "DOUBLE R". Pencapaian terbaik ialah Semifinal Sukan PIBG SK Ng Tada.. 
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..

KRS


Kami Kadet Remaja Sekolah

MACAM-MACAM BOLEH BUAT


Selain mengajar di dalam kelas, guru2 juga haruslah mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu ada pada seorang pendidik anak bangsa. Baik pulih kipas pun jadilah.. Apa guna belajar Kemahiran Hidup di sekolah menengah.. Hehe.. (Gambar: PBS 2)  

LATIHAN TEKANAN



Kaedah latihan tekanan mengaplikasikan penggunaan tenaga kepada keupayaan maksima dan melakukan aktiviti itu dengan ketepatan dan konsisiten dalam satu jangkamasa tertentu sehingga ke tahap kelesuan.

Latihan tekanan adalah satu kaeadh yang memberi tekanan kepada sistem fisiologi seperti sistem pernafasan, sistem kardiovaskular dan sistem tenaga untuk bekerja lebih daripada keadaan biasa. Latihan tekanan juga dapat meningkatkan fungsi otot dan sistem otot.

Mc Partlin (1980) mendefinisikan latihan tekanan sebagai satu  sistem latihan yang memberi peluang kepada para atlet melatih  sesuatu kemahiran  spesifik dan berulang-uleng kali, mungkin beratus-ratus kali dalam jangkamasa beberapa minit.

Objektif Latihan

a.                   memperbaiki dan meningkatkan dayatahan kardiovaskular.
b.                  Meningkatkan dayatahan otot
c.                   Meningkatkan kemahiran
d.                  Meningkatkan kelembutan, ketangkasan, kekuatan, kelajuan dan koordinasi
e.                   Meningkatkan dan mengekalkan kemampuan aerobik


Prinsip Latihan Tekanan

a.                   Kemahiran dijalankan seberapa banyak ulangan yang mana mungkin dalam
     masa yang tertentu
b.                  Pelatih harus bekerja pada tahap maksimum mencapai kebekersanan
            kemahiran.
c.                   Penekanan latihan yang diutamakan adalah teknik lakuan yang betul dan pada
            tahap kemampuan fizikal pelatih.


Panduan mengendalikan aktiviti –aktiviti Latiahan Tekanan.

  1. Sebelum memulakan aktiviti latihan tekanan perlu  diadakan aktiviti  memanaskan badan.
  2. Latihan ini mengabungkan beberapa aktiviti kemahiran  memandangkan latihan tekanan ini adalah untuk program pra pertandingan.
  3. Aktiviti yang dipilih harus berkait dengan permainan yang dipilih .
  4. Aktiviti yang dijalankan mestilah berterusan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain dengan memberi rehat yang minimum.

LATIHAN PILOMETRIK


Kaedah Latihan Pilometrik merupakan sistem latihan kekuatan dan kuasa dengan tujuan meningkatkan tahap penguncupan dan tindak balas otot. Latihan ini bukan sahaja memperkembangkan tisu-tisu otot untuk menghasilkan kuasa secara optima, tetapi ia juga dapat melatih rangsangan sistem saraf motor untuk tindakbalas ke atas tisu otot supaya dapat bekerja secara sepenuhnya.

Objektif

1.         Untuk meningkatkan kelajuan tindakbalas dan kekuatan otot.
2.         Melatih kuasa dinamik otot secara khusus
3.         Meningkatkan tahap keupayaan sistem anaerobik.


Sistem Tenaga

1.         Sistem tenaga ATP-PC secara dominan
2.         Sistem Tenaga ATP-LA
3.         Sistem Tenaga aerobik


Aktiviti yang dicadangan untuk Kaedah Latihan Pliometrik.

  • Double leg speed hop
  • Lompat kijang
  • Depth jump dari 0.70 meter ke 1.00 meter
  • Fast bounding dengan jarak 25m
  • Lompat tangga.

Wednesday, 17 October 2012

KAGUM


2009
(Bersama Skuad Renang IPGKTAR)


2008
(Bersama Pasukan Futsal IPGKTAR)

PRAKTIKUM 3


Inilah muka2 staff SK Tanah Merah, Serian di mana tempat saya menjalankan Praktikum Fasa 3 dan Internship. Walaupun guru2 di sini agak sedikit tetapi semuanya baik2 belaka :).. Sekolah ini agak terpencil di daerah Serian. Saya juga bersama 3 orang rakan guru pelatih yang lain bersama menjalani praktikum di SK Tanah Merah. Apa yang penting saya dapat menimba ilmu dan belajar pengalaman dalam bidang pendidikan ini bersama-sama guru yang lain. TERIMA KASIH SKTM!!

Tuesday, 16 October 2012

PENGURUSAN STOR SUKAN



Stor Sukan SK Meranek, Samarahan


Kayu Hoki


Bola Jaring


"Glove" dan Helmet Softball


Bola Sepak

Pengurusan stor sukan yang baik adalah mencerminkan seorang guru sukan yang berkualiti. Banyak faedah jika stor sukan sentiasa diuruskan dengan baik. Bahkan pengurusan yang baik akan memelihara kebersihan dan keselamatan yang terjamin kepada pengguna stor sukan. Saya kongsikan stor sukan yang telah saya uruskan ini di sebuah sekolah Praktikum 1 saya.. :) 

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN


First Step


Warm Up


Cooling Down



Cikgu Sukan Juga Boleh Menyanyi...



Selain bersukan, saya juga suka menyanyi pada waktu lapang. Saya menyanyi bukan untuk jadi penyanyi tetapi saya menyanyi untuk menjadi GURU yang boleh menyanyi. :) 

SENAMAN KALISTENIK



Marilah kita sama2 ke arah hidup cergas sepanjang hayat.. :)

Peningkatan umur serta kurang melakukan pergerakan boleh menyebabkan tubuh badan hilang daya kelonggaran dan kelembutan. Otot akan menjadi semakin tegang dan lemah. Namun begitu tubuh badan mempunyai keupayaan yang aneh untuk mengembalikan semula kelembutan dan kekuatan yang telah hilang. Melalui satu program kecergasan yang berterusan anda boleh mencapai hasrat ini. Anda digalakkan melakukan senaman kalistenik dan regangan sebagai satu pilihan senaman. Boleh dilakukan di mana-mana tanpa perbelanjaan tambahan.

Panduan
  1. Asas regangan adalah sama tanpa mengira umur dan tahap kelembutan.
  2. Regangan yang sempurna bermakna anda tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri.
  3. Regangkan anggota badan anda tanpa paksaan.
  4. Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit.
  5. Sebarang keraguan hendaklah merujuk kepada doktor pakar anda sebelum memulakan senaman.

Wednesday, 3 October 2012

LATIHAN BEBANAN



Program latihan beban adalah berdasarkan prinsip latihan bebanan secara progresif bagi meningkatkan kekuatan, daya tahan, kuasa, kelenturan dan kepantasan. Program ini tertakluk kepada:
  • Intensiti
  • Jumlah ulangan dan set
  • Kekerapan latihan
Objektif Latihan Bebanan

Program latihan bebanan dapat memenuhi beberapa objektif latihan persediaan atlet sepanjang tahun. Objektif tersebut adalah:
  • Membina daya tahan  dan kekuatan otot umum
  • Membina dan meningkatkan daya tahan otot spesifik kepada permainan
  • Meningkatkan kuasa, ketangkasan, kepantasan dan kelenturan
  • Mengurangkan risiko kecederaan dan dapat menyesuaikan pelatih kepada latihan yang dengan lebih cepat.
Prinsip Latihan Bebanan

Prinsip-prinsip latihan yang mesti diaplikasikan apabila merancang dan membentuk program latihan bebanan adalah pengkhususan (specificity), tambah beban, ansurmaju rintangan dan urutan aktiviti.

Pengkhususan

Perkembangan kecergasan otot adalah khusus kepada kumpulan otot yang dilatih. Sebagai contoh, jika kita ingin meningkatkan kekuatan otot fleksor sendi siku, latihan yang spesifik seperti penguncupan kosentrik dan esentrik perlu diberikan kepada kumpulan otot tersebut. Dalam melatih kekuatan, aktiviti latihan hendaklah dijalankan dengan intensiti yang tinggi tetapi ulangan yang rendah dan keadaan yang sebaliknya jika kita ingin melatih daya tahan.

Tambah Beban

Uuntuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan, sesuatu kumpulan otot harus diberi kadar latihan yang lebih daripada kemampuan biasanya. Intensiti kerja pada kadar 60% daripada keupayaan maksimum jika objektif latihan ialah untuk membina kekuatan. Intensiti kerja pada kadar 30% daripada keupayaan maksimum akan merangsang peningkatan daya tahan dan kumpulan otot yang dilatih ini hendaklah dilatih sehingga ke paras kelesuan.

Dalam program latihan bebanan, beban kerja harus ditambah mengikut masa yang tertentu. Peningkatan beban kerja yang sistematik akan mengakibatkan pertambahan dalam kekuatan dan daya tahan otot. Peningkatan tersebut juga akan mengelakkan kecederaan kepada otot-otot dan ligamen. Petunjuk yang boleh digunakan untuk menambahkan beban kerja seseorang ialah melalui ulangan yang dapat dilakukan olehnya.

Urutan Aktiviti

Satu program latihan bebanan yang menyeluruh harus merangkumi sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk setiap kumpulan otot besar. Minimum satu aktiviti untuk otot bahagian bawah badan dan dua untuk bahagian atas. Untuk mengelakkan kelesuan otot, aktiviti latihan harus disusun supaya tidak melibatkan kumpulan otot yang sama. Ini membolehkan kumpulan otot tersebut pulih.


Panduan Am Melaksanakan Latihan Bebanan

  1. Tentukan matlamat yang ingin dicapai dalam sesi latihan melalui kekerapan, intensiti, ulangan dan masa latihan.
  2. Dapatan kemampuan maksimum setiap peserta di awal sesi latihan untuk:
  1. 50% berat kemampuan maksimum dengan ulangan yang tinggi (10-12 kali) untuk membina dan peningkatan daya tahan otot.
  1. 75%-90% berat kemampuan maksimum dengan ulangan yang sedikit (3-5 kali ) untuk membina dan peningkatan kekuatan otot.
  1. 20%-30% berat kemampuan maksimum dengan ulangan yang sederhana (5-8 kali) untuk membina dan peningkatan kelenturan otot.
  1. Tentukan jenis otot atau kumpulan otot yang ingin dipertingkatkan di awal sesi latihan.
 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN DALAM LATIHAN BEBAN

Bil
Aktiviti
Otot-otot terlibat
Kemahiran berkaitan
1
Military Press
Deltoid
Triceps
Hantaran Bola
Menggelecek
Menjaring Gol
2
Leg Curl
Hamstrings
Gluteus Maximus
Mengadang
Menjaring Gaya Lompat
Kawalan Gol
3
Bent-over-row
Anterior Deltoid
Trapizeus
Hantaran Bola
Menjaring Gol
4
Sit-up (Declined)
Abdominis
IIiopsoas
Menjaring Gol
5
Two-hands Curl
Biceps
Brachialis
Posterior Deltoid
Hantaran Bola Menerima Bola
Menjaring Gol
6
Split Squat
Quadriceps
Gastronimius
Mengadang
Merebut Bola
mengelecek

Contoh Program Latihan Bebanan 1. Kitaran 8 Minggu

Minggu
Aktiviti
% Berat Beban
Ulangan
Set
1.

2

3

Military Press
Leg Curl
Bent-over –row
Sit-up(Declined)
Two- hands Curl
Split Squat
75
50
20
75
50
20
3
10
5
3
10
5
2
2
3
2
2
3
4.

5.

6.
Military Press
Leg Curl
Bent-over –row
Sit-up(Declined)
Two- hands Curl
Split Squat
50
20
20
75
20
75
10
5
5
3
5
3
2
3
3
2
3
2
7.


8.
Military Press
Leg Curl
Bent-over –row
Sit-up(Declined)
Two- hands Curl
Split Squat
50
75
75
20
75
20
10
3
3
5
3
5
2
2
2
3
2
3