- Merupakan
aktiviti sukan yang dijalankan bagi tujuan rekreasi dan kesihatan.
- Selaras
dengan dasar sukan negara iaitu SUKAN UNTUK SEMUA.
- Bertujuan
untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan anggota masyarakat dengan
menggalakkan bersukan.
- Merujuk
kepada aktiviti rekreasi fizikal dan sukan.
- Menggalakkan
penyertaan dari semua lapisan masyarakat.
- Bukan
semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
Tujuan/Objektif
Peringkat Individu
- Sukan
untuk hiburan juga bertujuan dalam pembentukkan sahsiah dalam diri individu. Ia
membina nilai-nilai moral seperti keyakinan diri.
- Selain
itu, ia juga bertujuan mengisi masa lapang. Kita dapat mengisi masa dengan
aktiviti bersukan.
- Bersukan
juga dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia. Ini bermakna bukan dari
segi fizikal sahaja malah mental.
- Tekanan
dalam kehidupan seharian kita dapat ditangani dengan melakukan aktiviti
bersukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.
Peringkat
Masyarakat.
- Secara
umumnya, bersukan dapat memainkan peranan dalam pembinaan kualiti fizikal dan
moral masyarakat.
- Mewujdkan
suasana harmoni dan perpaduan melalui bersukan. Masyarakat setempat dapat
menjalinkan hubungan silaturahim dengan erat melalui aktiviti seperti ini.
- Mengekalkan
dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
- Bersukan
untuk remaja(mengelakan terlibat dalam aktiviti jenayah dengan memanfaatkan
masa lapang). Contohnya, sukan futsal yang amat digemari remaja pada masa kini.
Agensi-agensi yang
terlibat.
Badan
kerajaan atau bukan kerajaan yang memainkan peranan dalam memberi kemudahan
bersukan selaras dengan dasar sukan negara.
Nestle Milo
- Memberi
tajaan kepada persatuan atau pertandingan sukan seperti sukan sekolah, negeri
dan peringkat negara.
- Tajaan
adalah seperti minuman milo, pakaian atau piala pertandingan.
- Tajaan
ini bertujuan menggalakkan penganjuran sukan-sukan dalam kalangan
persatuan-persatuan sukan selain daripada memberi kepentingan kepada syarikat
penaja seperti pengecualian cukai.
- Pengecualian
cukai berlaku apabila pertubuhan atau syarikat swasta menaja satu penganjuran
sukan dengan memberi sumbangan.
KEMENTERIAN BELIA
DAN SUKAN
Menggalakan
penyertaan golongan belia dalam bersukan sebagai satu gaya hidup yang sihat.
Contohnya program rakan muda, larian amal dan sebagainya. Kementerian
ini sentiasa berusaha untuk melahirkan golongan belia yang sihat dari segi
fizikal dan rohani. Pihak
kementerian juga mengelakkan masalah gejala sosial dalam belia dengan
menganjurkan sukan-sukan untuk masyarakat. Program
seperti Rakan Muda mendedahkan remaja terhadap gaya hidup sihat dan beretika.
Pembentukan remaja yang baik amat penting untuk masa depan negara. Agensi
ini juga berperanan untuk membentuk jati diri belia yang baik dalam masyarakat.
Contohnya, menganjurkan ceramah yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Badan
ini juga sentiasa berusaha utuk mempromosikan sukan untuk hiburan kepada
masyarakat dan memastikan sukan negara setanding di peringkat antarabangsa.
MAJLIS SUKAN NEGARA
Agensi
ini berperanan dalam menggalakan penyertaan masyarakat dalam sukan. Contohnya,
sukan untuk hiburan ialah sukan futsal. Sukan ini dipertandingkan di peringkat
negara agar masyarakat dapat memupuk minat dalam sukan ini. Peranan
Majlis Sukan Negara juga memperkemaskan persatuan-persatuan sukan di seluruh
negeri. Agensi
sukan ini sentiasa menyediakan atau memberi peluang penyertaan kepada
bakat-bakat baru dalam sukan. Ini berkaitan dengan sukan untuk hiburan dari
segi kemunculan bakat-bakat muda yang menyertai sukan masyarakat. Majlis
Sukan Negara sentiasa menyediakan kemudahan untuk bersukan dalam dan di luar
negara. Bagi sukan untuk hiburan pula, agensi ini juga sentiasa mempromosikan
sukan untuk hiburan dalam kalangan masyarakat.
INSITITUT SUKAN
NEGARA
Berperanan
membuat penyelidikkan yang dapat membantu meningkatkan taraf sukan negara.
Contonya, penyelidikan tentang kecederaan sukan, pemakanan yang seimbang untuk
ahli sukan dan sebagainya. Menjalankan
program-program khas dalam mencari bakat baru yang berpontensi dalam sukan.
Melalui sukan untuk hiburan, agensi ini akan memantau bakat-bakat baru yang
berketrampilan dalam bidang sukan yang disertai semasa terlibat dalam
jenis-jenis sukan untuk hiburan. Agensi
kerajaan ini juga menyediakan kemudahan bersukan untuk kegunaan masyarakat
dalam aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, penceramah sukan yang profesional
untuk memperkenalkan sukan kepada masyarakat.
Contoh Sukan (Sport For Fun)
Futsal merupakan versi bola sepak
tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola
sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal
daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol
de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan
oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan
bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang
besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat
iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat
membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang
lebih lebih kecil memaksa masyarakat minat menjadikan sukan ini sebagai satu
hiburan.
Di samping itu,
kos sukan ini lebih murah jika dari sudut masyarakat sahaja dan sukan ini
senang untuk dianjurkan untuk masyarakat. Pada masa sekarang futsal berkembang
dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi
peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja
terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
Paintball
1. Merupakan sebuah sukan lasak yang telah
diperkenalkan 15 tahun dahulu di Amerika Syarikat.
2. Sukan yang boleh dimainkan oleh seluruh
lapisan masyarakat.
3. Dimainkan ditempat terbuka dan luas
seperti padang bola sepak. Ini kerana ia memerlukan pergerakkan yang banyak dan
taktikal.
4. Corak permainan seperti ala-perang atau
‘combat’. Pemain perlu menggunakan keadaan sekeliling, kepantasan,
kebijaksanaan dan pertimbangan yang tepat bagi memenangi perlawanan.
5. Menggunakan alat yang dipanggil
‘paintgun’ yang menembak peluru cat yang bertoksik. Paintgun menggunakan
tekanan udara untuk menembak peluru cat dimana tahap tekanan yang digunakan
adalah tetap dan tidak dapat diubah sendiri oleh pemain bagi tujuan
keselamatan.
6. Matlamat permainan ialah merampas
bendera dari kawasan musuh bagi memenangi perlawanan. Permainan ini merupakan
permainan yang pantas dan ekstrem.
7. Corak permainan ini memerlukan semangat
berpasukan dan kerjasama dalam mencapai matlamat permaina.
8. Selain dari memberi kepuasan, ia juga
merupakan satu cara dalam membentuk kerjasama dalam pasukan.
9. Selain itu, ia boleh mengurangkan
tekanan atau stress.
10. Permainan ini berbentuk taktikal.
11. Rakan-rakan, sekeluarga dapat bermain
permainan ini sebagai satu permainan bersama dan hiburan kerana permainan ini
asalnya dimain untuk hiburan.
Sepak Raga
1. Merupakan permainan tradisional yang
telah wujud sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2. Permainan ini memerlukan pemainnya
menimbang bola sepak raga diluar bulatan. Jika bola jatuh, maka pemain yang
tidak dapat menyambut bola tersebut dikira kalah.
3. Sukan ini ada dipertandingkan di
temasya sukan-sukan antarabangsa seperti Sukan SEA di Korat, Thailand pada
tahun lepas.
4. Permainan ini popular dikalangan anak
muda kampung.