KAEDAH
DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu
isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi
dalam penyampaian isi pelajaran itu.
Kaedah
kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang
digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang
disarankan ialah :
- Kaedah Kuliah
- Kaedah Perbincangan
- Kaedah Kuliah-Demonstrasi
- Kaedah Latihan
- Kaedah Penemuan
- Kaedah Projek
- Kaedah Persembahan Lisan
- Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ),
tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah
kuliah-demonstrasi.
KAEDAH
KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas
digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam
kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan
memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah
perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat
berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi
manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia
lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah
yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
:
- Pengenalan
- Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
- Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
- Cuba membangkitkan minat
- Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.
2.
Persembahan
- Kuat tetapi nada mesra
- Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
- Huraikan istilah yang digunakan
- Bercakap dengan semua pelajar
- Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain
- Ulang butiran penting
- Guna lawak jenaka
- Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin
3.
Penutup
- Mengulangi point-point utama
- Menggalakkan perbincangan
- Meneguhkan point yang lemah
KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI
Kaedah ini merupakan kaedah utama
yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstrasi boleh digunakan oleh
guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan
dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya
demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah
kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani :
- Pendahuluan
- Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut atau berdiri
- Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
- Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
2.
Demonstrasi
- Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar
- Ikut cara dan prosedur yang piawai
- Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
3.
Demonstrasi
dan pengajaran
- Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
- Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
- Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
- Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya.
- Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
4.
Ulang
demonstrasi dan butiran yang penting
- Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
- Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
- Beri butiran penting
5.
Penutup
- Ulang butiran penting
- Menggalakkan perbincangan
- Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran
KAEDAH ATAU GAYA
PENGAJARAN
Terdapat beberapa gaya atau kaedah
yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif
iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Gaya atau
kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
- Kaedah/Gaya Langsung
- Kaedah/Gaya Gabungan
- Kaedah/Gaya Tidak Langsung
GAYA LANGSUNG
|
GAYA GABUNGAN
|
GAYA TIDAK LANGSUNG
|
|
· Limitasi / Penemuan
Terbimbing
|
· Penyelesian
masalah
· Bertindak
balas
· Semak
kendiri
· Penerimaan
beramai
· Penerokaan
|
GAYA
LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru.
Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa,
bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori
Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran
itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa
yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran
pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.
KELEBIHAN
|
KELEMAHAN
|
|
|
GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia
berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan
meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran
Kognitif yang menganggapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari
dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil
pembelajaran berkenaan.
KELEBIHAN
|
KELEMAHAN
|
|
|
GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA
yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu
aktiviti. Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang
dicadangkan oleh Gallahue( 1995). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti
berikut :
GURU
|
PELAJAR
|
1.
Mengawal penuh pengajaran
|
|
Ciri-ciri gaya arahan:
- Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar .
- Pelajar berlatih.
- Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
- Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
- Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
- Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan
PENEMUAN TERBIMBING
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah
limitasi ( Bilbrough & Jones, 1968 ). Ia memberi pelajar banyak peluang
untuk meluahkan perasaan mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan
dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh ‘Cari dua cara untuk
mengimbangkan badan dengan tiga titik’
Kelebihan
- membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
- Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
- Memupuk pembangunan arah kendiri
PENYELESAIAN MASALAH
Gaya ini adalah kompleks kerana ia
memerlukan tumpuan masa yang panjang memahami masalah dan memikir dengan logik
dan sistematik. Di dalam kelas pendidikan jasmani, selepas guru memberi
beberapa soalan, pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah
berikut :
- Menganalisis dan memahami masalah
- Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
- Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat
- Membentukkan jawapan yang mungkin
- Pilih dan uji penyelesaian alternatif
- Pilih penyelesaian paling sesuai.
- Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan
- Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
- Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
- Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan
- Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
- Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kejayaan gaya penyelesaian masalah
bergantung kepada :
- Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
- Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing proses penyelesaian itu.
Mengikut
Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada
tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.
Saiz kelas
|
Gaya pengajaran
|
Seluruh
kelas
|
|
Kumpulan
kecil
|
|
Individu
|
|
RANCANGAN
TAHUNAN, PENGGAL DAN MINGGUAN
Dalam
melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang yang
rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber
dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya
menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan
mendapat perhatian yang serius. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama
yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut:
- Jumlah masa pengajaran yang terhad
Walaupun
sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat
keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan
untuk Tahap 1 menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap 2,
masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang
terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan
objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.
- Persekitaran pengajaran
Selain
daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz
kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian
untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka
masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Justeru itu,
perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu
kumpulan kecil boleh dibentuk untuk
tujuan diatas.
- Latar Belakang Guru
Kejayaan
program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru
mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan
oleh Institut Pendidikan Guru di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka
memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan
ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
- Latar Belakang Pelajar
Tidak semua murid adalah sama. Perbezaan di kalangan murid
itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya
terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat
untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak
mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan murid kurang minat terhadap
pendidikan jasmani.
Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan
kerja tahunan perlu diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap
kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan
tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud
di sekolah. Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan
kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan
juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang
berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya mengikut
prinsip ansur maju.
FORMAT
PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh : ……………………………..
Waktu : ………………………..
Kelas : …………………………..
Bil Murid : …………………………
Umur : …………………………….
Matapelajaran : …………………………….
Kemahiran : ……………………..
BSPP : ………………………..
Pengalaman sedia ada : ………………………..
Objektif : Di akhir pelajaran ini,
murid-murid dapat ……………………………..
Penerapan nilai : ………………………………
BAHAGIAN (WAKTU)
|
GERAK KERJA
|
BUTIRAN MENGAJAR
|
PENGELOLAAN KELAS
|
BSPP CATATAN
|
Memanaskan badan
(3
minit)
|
Pilih 2 atau 3 aktiviti
ringkas
|
Perkara-perkara penting yang
disebut oleh guru, jelas, tepat dan padat
|
Pentingkan gambarajah.
Bagaimana melaksanakan aktiviti ?
|
Nyatakan jenis dan bilangan
Buat
catatan untuk mengingati guru segala perkara seperti langkah
keselamatan/ kaedah/nilai
|
Gerak kerja kumpulan
(8
minit)
|
Senaraikan aktiviti ikut turutan ansur
maju
|
|||
Pemainan keci
(7
minit)
|
Namakan permainan
|
|||
Penutup
(2
minit)
|
Aktiviti pulihan/
perbincangan
|